Di bawah jagaan manusia Macrochelys temminckii

Tunjukan cara yang betul untuk mengendalikan M. temminckii seberat 45 lb (20 kg) di Austin Reptile Service, di Austin, Texas

M. temminckii boleh dibela dalam kurungan sebagai haiwan peliharaan, bahkan terdapat dalam perdagangan haiwan eksotik. Oleh kerana saiznya dan keperluan khusus, ia tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan untuk sesiapa jua selain daripada penjaga tuntung yang paling berpengalaman.[33]

Ia paling gemar memakan ikan hidup, tetapi sanggup menerima jenis daging atau sayur-sayuran lain jika disuap. Memberi makan dengan tangan adalah berbahaya. Diketahui bahawa suhu yang melampau boleh menjejaskan selera makan tuntung ini dan akan mengakibatkan ia enggan makan sehingga suhu terkawal.

Oleh kerana saiznya yang besar, adalah sangat mencabar untuk mengendalikan spesimen dewasa. Tuntung kecil pula lebih selamat dipegang di bahagian sisi cangkerangnya. Tuntung besar pula dengan leher dan jangkauan yang panjang pula harus digenggam tepat di belakang kepala atau dekat dengan pangkal ekor.

Walaupun digeruni, namun M. temminckii tidak mematuk sesuka hati. Walau bagaimanapun, jika digugat, ia mampu melakukan sentapan yang kuat sehingga boleh memutuskan jari atau menyebabkan kecederaan ketara lain.[34] Di beberapa negeri AS, di mana M. temminckii bukan hidupan asli (misalnya, California), penduduk dilarang membela spesies ini sebagai haiwan peliharaan.

Rujukan

WikiPedia: Macrochelys temminckii https://books.google.com/books?id=T3FEKopUFkUC&pg=... https://doi.org/10.1894%2F0038-4909(2007)52%5B608:... http://ebeltz.net/herps/biogappx.html https://web.archive.org/web/20060710003430/http://... http://reptile-database.reptarium.cz/advanced_sear... https://doi.org/10.3854%2Fcrm.7.checklist.atlas.v8... https://doi.org/10.11646%2Fzootaxa.3786.2.4 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24869532 https://doi.org/10.11646%2Fzootaxa.3947.3.11 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25947748